search box

Sunday 12 February 2012

mati di atas pentas

masih ingatkah korang dengan mendiang Bruce Lee, aktor Hong Kong yang terkenal dengan kung fu dan baju kuning stripe hitam yang selalu memijak musuh mat sallehnya. Beliau adalah antara sebilangan mutiara dunia layar perak yang mati semasa berada di puncak. mengikut rumour yang selalu dihebahkan, beliau mati ketika melakonkan aksi tembak menembak dalam filem Game of Death. aktor pembantu yang melakonkan aksi menembak dalam filem tersebut telah tertembak Bruce Lee dengan peluru sebenar, yang pada asalnya disangka peluru palsu. tapi sampai sekarang perkara berkenaan diragui, terutamanya bagi rakyat Indonesia yang claim bahawa Bruce Lee sebenarnya mati ketika bertarung dengan pesilat ulung kelahiran negara tersebut, Zulkarnain, selepas menggatal nak mencabar pengamal ilmu mempertahankan diri di serata Asia pada ketika itu.

selain mendiang Bruce Lee, ada beberapa figura famous lain yang juga mengalami nasib serupa, termasuk anak beliau, Brandon Lee.

Miriam Makeba


9 november 2008. Miriam Makeba, yang juga dikenali sebagai 'Mama Africa', diserang sakit jantung sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu hit-nya, Pata Pata dalam sebuah konsert di Castel Volturno, berhampiran Caserta, Itali.

Steve Irwin


4 september 2006. Steve Irwin, mamat omputih yang terkenal dengan keberaniannya berhadapan makhluk berbahaya. mula dikenali seantero dunia melalui rancangan 'Crocodile Hunter', beliau akhirnya mati setelah bergurau senda dengan member alam semulajadi nya, seekor ikan pari. beliau disengat semasa rakaman rancangan 'Ocean's Deadliest'.

Franco Scoglio


3 oktober 2005. Franco Scoglio, jurulatih bola sepak keturunan Itali dan pengulas sukan tv, mati ketika usia 64 tahun selepas diserang sakit jantung semasa menjadi pengulas dalam sebuah rancangan tv tempatan. beliau meninggal semasa sedang berbual dalam talian telefon dengan pengerusi kelab bola sepak Genoa ketika itu, Enrico Preziosi. sementara Preziosi meneruskan perbualannya, Scoglio telah kaku di atas kerusi.

Darrell Abbott


8 disember 2004. bekas gitaris band metal Pantera, 'Dimebag' Darrell Abbott telah dibunuh oleh seorang penembak tidak dikenali semasa membuat persembahan di atas pentas bersama band yang baru dianggotainya, Damageplan ketika menjayakan sebuah konsert di Al Rosa Villa dekat Columbus, Ohio.

Owen Hart


23 mei 1999. Owen Hart, penggusti professional kelahiran Kanada yang beraksi untuk WWF, mati semasa acara 'pay-per-view' ketika melakukan aksi stunt. mengikut rancangan asalnya, Hart akan turun dari bumbung Kemper Arena menggunakan peralatan keselamatan untuk masuk ke dalam gelanggang dengan penuh bergaya. tapi selepas itu timbul pula masalah dan tali keselamatan yang 'mengikat' Hart telah dilepaskan awal dan beliau jatuh dari ketinggian 78 kaki (24 m), menyebabkan beliau 'melantun' dan itu cukup untuk membuatkan saluran artery nya terputus, seterusnya mengakibatkan paru-parunya dipenuhi darah.

Mark Sandman


3 julai 1999. Mark Sandman, bassist dan vokalis utama band Morphine, mati di atas pentas semasa sedang mengadakan persembahan dalam sebuah konsert bersama band-nya itu, di Giardini del Principe dekat Palestrina, Latium, Italy. beliau kemudiannya disahkan mati akibat serangan sakit jantung.

Brandon Lee


31 mac 1993. Brandon Lee, anak kepada legendary kung-fu fighter Bruce Lee, mati semasa sedang berlakon dalam filem The Crow. sebuah prop gun yang digunakan ketika rakaman filem tersebut telah meledak dan menyebabkan katrij kosong tertembak ke arah Lee dan membunuhnya serta-merta. insiden berdarah tersebut bagaimanapun tidak disimpan bersama keseluruhan rakaman filem tersebut sebaliknya adegan berkenaan digantikan dengan rakaman semula menggunakan pelakon lain, yang 'mati' akibat tertikam throwing knife.

John Elroy Salford


11 oktober 1991. John Elroy Salford - Redd Fox, lebih dikenali atas peranannya dalam 'Sanford and Son', menderita serangan jantung yang membawa kepada kematian ketika berada dalam set rakaman sitkom terbarunya, The Royal Family.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information