search box

Friday 15 June 2012

Mentaliti Meleis : Memukul Perempuan

beberapa minggu lepas, aku bertelingkah dengan seorang perempuan. seorang perempuan yang secara sarkastikya sangat baik budi bahasanya dan lemah lembut pekertinya. harap tiada budak skema yang tak faham apa dia maksud sarkastik, sebab aku malas nak tulis betapa &$*%^!# perempuan yang juga secara sarkastiknya sangat cantik dan mencairkan jantung lelaki tu.

kalau aku pun...like "weyh! c'mon la. perempuan tu."

aku pun masih terjerat dengan mentaliti tandus dan suram macam tu, sehinggalah pada suatu hari...ewahh.

dengan izin-Nya, dalam tempoh 19 tahun aku hidup, buat pertama kali dengan hormatnya seorang perempuan yang secara sarkastiknya kau pun paham, telah mendapat hayunan lembut di muka berserta sijil dan trofi. secara mudahnya, kena lempang. but you know, aku pun tak jangka aku (akhirnya) akan buat macam tu. ye la, secara peribadinya aku ni bukannya jenis marah tak bertempat. sedangkan lelaki pun aku jarang pukul. LOL



ok, bukan tu aku nak cerita sebenarnya. tapi aku geram dengan masalah mentaliti gersang terutamanya ORANG MELAYU ni. kenapa aku tak tulis KAUM MELAYU atau BANGSA MELAYU? sebab secara realitinya Melayu sekarang lebih banyak bertindak sebagai 'Orang Melayu' instead of 'Kaum' atau 'Bangsa', dan aku juga kurang setuju dengan pahlawan Melayu, Hang Tuah yang berkata bahawa "tidak akan melayu hilang di dunia." kalau aku la, it should be "kenapa Melayu tak hilang-hilang lagi eh?"

I bet majority of Meleis will be butthurted when they read that statement. Ironi Melayu mudah butthurt, tapi tak nak menerima kenyataan. ok sekarang aku apa? racist? kalau 'menegur' kaum sendiri pun boleh jadi racist...

jadi perempuan yang tadi tu pun menjerit cakap aku dayus. woi, masa tu aku macam nak baling je kamus dewan bahasa dan pustaka dengan buku-buku agama dekat muka dia. aku kahwin dengan dia pun tak lagi nak main dayus-dayus apehal? nampak sangat mentaliti Melayu tercinta ni dah terpasak dengan perkataan "dayus" bilamana perempuan kena pukul dengan lelaki.

sila rujuk : hukum memukul perempuan

lagi satu sentimen dalam masyarakat tak kira bangsa dan agama mahupun negara adalah status 'gentleman'. orang kata kalau lelaki memukul perempuan adalah sangat tidak gentleman. sebenarnya bukan kata orang je, aku pun pernah kata macam tu.



tapi bro...kalau perempuan hina dan pijak maruah lu, lu rasa lu marah tak? ke lu nak cakap "lek ar, perempuan je pun. kalau pukul pun tak nampak legend." ah, ni lagi satu. semua perbuatan nak dipandang. memang aku tak sempurna sebagai manusia secara umumnya untuk menyentuh pipi perempuan yang secara sarkastiknya sangat comel tu, tapi hak lelaki bukan hanya perlu dipertahankan depan lelaki. memandangkan dah teruk sangat cacian dan maki hamun yang tak layak diucapkan bukan hanya oleh seorang perempuan yang baik tapi juga manusia yang normal, maka cukuplah aku cakap perbuatan dia tu memang melampaui batas rasional kesabaran manusia biasa.

you know, bila dah sampai macam tu sekali, automatik perkataan "gender" terpadam dari kepala hotak aku. aku berdepan dengan dia sebagai manusia dengan manusia, bukan lelaki dengan perempuan. tak pernah ada manusia, walaupun lelaki, yang menghina aku sampai sebegitu teruk. sebenarnya bila seorang lelaki yang tak bertindak langsung walaupun maruah dia dipijak tu la yang sebenarnya bukan 'GENTLEMAN'.

so, terlepas la dua das pelempang yang takde la kuat mana pun. yang aku terperanjat tu sempat lagi dia lempang aku balik...pffttt. tapi macam mana pun dalam hati aku masih ada rasional, kalau aku layan dia macam lelaki tu dah tentu sampai berdarah-darah bagai, maka jika dah sampai ke tahap itu baru la kamu-kamu semua wajib bash aku sampai aku delete Twitter account. kahkah

bila sebut pasal Twitter ni, aku teringat tak lama dulu aku pernah bergaduh dengan para atheist dari pelbagai negara. pada asalnya dengan sorang je aku cari pasal sebab dia hina Islam, tapi rupanya atheist ni ada semacam organisasi atau persatuan online di Twitter yang bersedia menyerang habis-habisan para theist yang mempersoalkan pegangan 'free-thinking' mereka. so, at that time ada yang satu hari tu sampai 80+ 'mentions' aku terima. tidak mahu tidak untuk percaya, antara perkara yang paling banyak dipersoalkan musuh-musuh Islam ni adalah isu lelaki atau suami dibenarkan untuk memukul perempuan ataupun isteri dalam agama Islam.

* atheist or anti-theist (orang yang tidak mempunyai agama/Tuhan)
* theist (orang yang mempunyai agama/Tuhan)

walaupun macam mana pun, aku bukan la bodoh sangat nak menggalakkan lelaki pukul perempuan. niat aku update post ni untuk menegaskan betapa mentaliti manusia tu perlu betul dan jangan menggunakan kesempatan mentaliti sempit masyarakat sekeliling untuk kepentingan sendiri. bagi aku tindakan memukul perempuan tetap kurang rasional, tapi bukanlah maksudnya tidak sama sekali.

lepas peminat-peminat belog baca post ni, terpulanglah nak fikir apa ye! tiada siapa nak menghalang. cuma jangan sombong-sombong, Tuhan marah. kecuali la kalau jenazah kamu tu boleh bergolek sendiri masuk lubang kubur, bak kata Imam Muda Fattah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information