search box

Tuesday 27 December 2011

seluar dalam pembakar kalori

Jepun dikenali kerana hayat rakyatnya yang panjang. ia dikaitkan dengan budaya pemakanan dan hidup yang sihat diamalkan penduduk negara bekenaan.



tetapi ramai yang tidak tahu selain kaedah normal di atas, sebuah syarikat Jepun telah mencipta sejenis seluar dalam yang mampu membakar kalori sebagai alternatif.

seluar dalam tersebut yang dikenali sebagai MXP Calorie Shaper Pants, didapati dengan harga USD 32, boleh membantu pembakaran kalori melalui salutan resin yang terdapat pada seluar dalam berkenaan yang menjadikan ia kaku. pengukuhan pada seluar dalam tersebut mewujudkan halangan pada anggota badan dan membawa kepada peningkatan bilangan kalori dibakar.

anggaran kalori yang mampu dibakar melalui penggunaan seluar dalam ini adalah 210 kilocalories dalam satu minggu. ia bersamaan dengan seorang lelaki seberat 140 pound berjalan selama 90 minit setiap hari!

mengikut statistik terkini, hanya 5% daripada rakyat Jepun mengalami obesiti, antara yang terendah dalam kalangan negara-negara maju lain.

namun, penghidap obesiti lelaki dinasihatkan agar menjaga pemakanan dan membuat rutin senaman harian selain penggunaan seluar dalam ini sebagai alternatif, kerana seluar dalam yang keras mungkin boleh membuatkan 'senjata' anda lemah.


sumber : http://www.globalpost.com/

Sunday 25 December 2011

guru gigit pelajar

mungkin kerana sangap menggigit, seorang guru gred lima di Voorheesville Elementary School dekat Albany, New York ditahan pihak berkuasa selepas menggigit seorang pelajar perempuan.

Michael Guerette

Michael Guerette, 50, didakwa melakukan perbuatan bijak tersebut semasa bermain gusti lengan dengan seorang pelajar lelaki. ketika kejadian, pelajar-pelajar lain turut masuk campur membantu pelajar lelaki tersebut untuk menewaskan Guerette. mangsa yang juga membantu dengan meletakkan tangannya pada tangan pelajar lelaki terbabit tiba-tiba digigit oleh Guerette.

menurut Timbalan Sheriff daerah Albany, Craig Apple, semasa pelajar perempuan berkenaan meletakkan tangannya di hadapan Guerette, guru tersebut menggigit lengan mangsa sehingga meninggalkan kesan lebam. "ini merupakan kes yang amat pelik. saya tertanya-tanya apakah jenis guru yang menggigit pelajar?!" katanya kepada Times Union. "dan kalau anda ada masa, beli la gajet terbaru keluaran Apple, iPhone 4S...hahaha."



sementara itu pihak Voorheesville Elementary School berkata, insiden ini 'sukar untuk difahami dan mustahil untuk diterima'.

Guerette boleh didakwa atas kesalahan membahayakan pelajar dan mungkin akan membazirkan setahun hidupnya di dalam penjara jika disabit kesalahan. motif kejadian tidak diketahui, tetapi dipercayai mungkin Guerette mahu mencuba cara baru membuat 'love bite' di lengan.

"saya tak sedar masa tu. saya ingatkan ia cheesy pizza dengan topping makaroni. ia sememangnya nampak lazat. hohoho," kata Guerette.


Saturday 24 December 2011

atuk shuffle

selama ni mungkin kita selalu dengar budak-budak Melayu selalu lepak dekat Pavilion sambil buat shuffle dan tectonic sebagai aktiviti rutin. tapi tu masih boleh dikatakan sesuatu yang biasa di Malaysia, berbanding negara-negara barat yang budaya hedonisme-nya bukan je terbatas kepada remaja, but also atuk-atuk yang dah tua bangka!


nanti kalau ada kenduri kahwin anak-anak, maka bapak-bapak dan atuk-atuk sekalian boleh la shuffle bagi menggantikan persembahan silat ye!

bila pemandu lori dapat lamborghini

seorang pemandu lori telah memenangi sebuah Lamborghini dengan 640 kuasa kuda dekat Santaquin, Salt Lake City. kereta berprestasi dan bereputasi tinggi tersebut dimenanginya dalam satu pertandingan ketika kejohanan American Football peringkat kolej di daerah berkenaan.

David Dopp ketika memenangi Lambo

tp disebabkan beliau seorang yang ketagih lori dan agak noob dalam hal-hal kereta biasa jauh sekali Lamborghini, so kemewahan serta merta yang baru diperolehi tu juga turut hilang serta merta setelah baru 6 jam memenanginya. David Dopp, 34, terlibat dalam kemalangan ketika sedang bersiar-siar bersama keluarga dan rakannya, selepas melakukan drift tidak sengaja di satu selekoh dengan kelajuan 45 mph. Lamborghini tersebut didakwa terlanggar sesuatu sebelum berputar dan melanggar pagar serta terbabas sejauh 75 kaki dari jalanraya.

"saya rasa macam tercabut jantung", kata Annette Dopp, salah seorang ahli keluarga David semasa menceritakan pengalaman ketika kemalangan berkenaan. "mereka (yang terlibat) kata mereka ok. tapi (bila melihat keadaan kereta selepas kemalangan) ia seperti; omg, apa perlu kita buat sekarang?"

Wayne Rooney David Dopp dengan trademark lame ass beliau

David bercadang menjualnya setelah tidak mampu membayar service untuk membaiki kereta mewah buatan Italy berkenaan. tetapi pemandu lori Frito-Lay tersebut menafikan ia mengalami kerosakan yang teruk. cuma kebocoran pada tangki minyak dan tayar serta beberapa kesan calar.

bapa kepada enam orang anak itu berkata dia tak mampu membayar cukai dan insurans bagi Lamborghini tersebut yang memerlukannya membelanjakan USD 3500 setiap enam bulan. "sebab tu lah hanya orang kaya memilikinya," tambahnya. "bukannya orang miskin seperti saya."

Encik Lambo selepas kemalangan

tidak dapat dipastikan bahawa adakah itu alasan untuk mengaburi kebodohannya meng-show off konon nak drift kat selekoh tajam macam cerita InitiaI D, atau memang dia sengaja merosakkan kereta tu kerana dia rasa tak layak memilikinya. apa yang pasti kedua dua possibility di atas adalah bodoh untuk dijadikan alasan dan dia sememangnya bodoh.

sumber : http://www.msnbc.msn.com/

Thursday 22 December 2011

baby gangster

seorang baby tomey berusia 3 tahun dibelasah teruk setelah terlibat dalam pertempuran No Mercy di sebuah nursery di Leicestershier.

Katie Guttridge

Katie Guttridge, 3, didapati lebam di muka berserta kesan gigitan selepas di kuntau oleh penyerang berusia dua tahun. kanak-kanak tersebut diserang di sebuah nursery dekat Ratby Village Hall oleh seorang kanak-kanak lain yang berumur setahun lebih muda daripadanya, yang turut didakwa menyerang sembilan kanak-kanak yang lain.

ibu Katie, Clara Mackow, 28, berkata : "saya tidak percaya apabila melihat dia. saya hanya menangis. dia mengalami luka di bibir dan lebam yang dahsyat. dia kelihatan seperti terlibat dalam pertarungan dengan anjing yang mahu menyerangnya."

"kami terpaksa membawanya ke hospital kerana doktor fikir soket matanya telah rosak. dia hampir buta dalam serangan yang sama sekali tidak bermakna. kanak-kanak perempuan yang menyerangnya mempunyai sejarah menyerang kanak-kanak lain. dia di luar kawalan."

Clara Mackow bersama anaknya, Katie

polis telah dipanggil untuk membuat siasatan tetapi tiada tindakan akan diambil kerana penyerang berkenaan masih di bawah umur untuk disabitkan kesalahan jenayah. berdasarkan laporan oleh nursery terbabit, Katie telah diserang dalam empat kejadian berasingan oleh kanak-kanak yang sama.

pengurus nursery terbabit, Jill Bottrill berkata : "kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak pendidikan tempatan dan ibu bapa."

St Phillips Church Rooms in Ratby

ibu kepada kanak-kanak penyerang tersebut pula enggan mengulas tentang kejadian serangan berkenaan. "anak perempuan saya hanya berusia dua tahun. saya tidak mahu melanjutkan (masalah) ini lagi."

sementara itu, kanak-kanak penyerang itu yang tidak mahu namanya didedahkan telah dipetik sebagai berkata : "titew ta sengajew. titew nak kawan jew dgn katie. tp katie yg ta mo kawan dgn titew. so, titew marah la diew. tp ta sangkew plax titew nieyh kuat cangat...hikhikhik" >.<


sumber : http://www.mirror.co.uk/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information