search box

Showing posts with label cool. Show all posts
Showing posts with label cool. Show all posts

Thursday, 10 January 2013

Pakcik Teksi

                    Aku tak faham kenapa sejak aku perlahan-lahan merangkak masuk ke pertengahan usia belia ni pakcik-pakcik teksi agak admirable. Sebelum ni salah seorang pakcik yang teksinya dirahmati (insyaAllah) kerana dinaiki oleh aku, mempunyai seorang anak yang sedang melebarkan sayap pengajian di peringkat master di London dalam bidang undang-undang. Anaknya adalah produk modal insan intelek keluaran UiTM Shah Alam (tempat aku belajar ketika itu, dalam bidang yang sama. ahem, bangga sikit). Seorang lagi pakcik teksi berketurunan India yang aku naiki teksinya sesudah menonton perlawanan bola sepak Malaysia vs Taiwan beberapa ketika dulu, juga ada sesuatu mengenai United Kingdom. Dia yang merupakan bekas kontraktor pernah merasai udara di wilayah negara gabungan bangsa kulit putih itu semasa melanjutkan pelajaran di sana, selain turut memiliki anak yang berpendidikan undang-undang.



                    Apa yang menjadikan pakcik-pakcik teksi ni menarik selain daripada kisah latar belakang mereka? Aku sering bertanya random things hampir setiap kali aku menaiki teksi, and one or a few of the questions would at least bersangkut-paut dengan situasi dan posisi struktur politik negara.

                    Pagi Selasa, 8 Januari 2013. Aku mengubah nawaitu untuk menaiki bas dan sebaliknya memutuskan untuk mengupah khidmat pemandu teksi, menghala ke Klang. Aku masih ingat kerut-kerut dahi pakcik tua berusia 63 tahun itu. Ewah macam cerpen pulak...

                    "Pakcik, berapa ringgit ke Klang? RM25?"

                    "Lebih kurang."

                    "RM20 boleh pakcik?"

                    "Hmm... boleh la."

                     Aku pun dengan gaya catwalk memasuki teksi pakcik tua ni dengan penuh adab sopan menghormati prinsip dan kebudayaan Melayu.

                    "Nak ke mana?" tanya pakcik teksi tersebut dalam bentuk yang lebih spesifik.

                    "Hospital Klang, pakcik," aku membalas pertanyaan, merujuk kepada HTAR.


                    Bermulanya perjalanan, seperti biasa aku lebih banyak bertanya soalan ke arah diri dan latar belakang pakcik teksi. Dan seperti biasa juga, pakcik teksi ni agak awesome, cuma kali ni seperti Barney Stinson dalam How I Met Your Mother. Dari mulutnya aku berjaya membongkar cerita tentang empat orang isteri yang telah dinikahinya. Pernikahan-pernikahan tersebut telah menjadikan pakcik ni kilang membuat anak seramai 13 orang (so far as this entry is being written). Jelas sekali, pakcik ni memiliki sesuatu sehingga begitu aktif menjalankan tugasnya sebagai seorang lelaki sejati, tetapi dia mengelak untuk berkongsi apabila aku meminta 'ilmu' daripadanya. Pffttt kedekut gila dowhhhh *mulut itik*.



                    "Pakcik dulu ada 4 orang isteri, tapi 2 pakcik dah 'buang' sebab pakcik tak mampu bagi makan. Yang tinggal isteri pertama dan yang terakhir."

                    Aku mula memasang telinga yang baru diservis.

                    "Ada yang datang balik, minta pakcik jadi suami dia one more time. Pakcik cakap banyak kali, pakcik tak mampu bagi makan. Tapi dia degil, dia cakap boleh jer... Yang lagi sorang tu dah kahwin dengan lelaki lain, then tak tau apa jadi bergaduh pulak kemudian bercerai, cari pakcik balik minta benda sama."

                    Beberapa kali pakcik teksi tu mengeluh. Kadang-kadang aku rasa macam nak bagi siku pun ada. Tau la hotstuff.

                    "Berapa umur isteri-isteri pakcik yang first dengan yang last?"

                    "Yang pertama umurnya 50-an, yang terakhir pulak 32 tahun."
         
                    "Anak pakcik yang paling tua?"

                    "Yang paling tua kalau tak silap umurnya 36 tahun."

                    Tanpa ditanya, pakcik teksi ni menceritakan perihal anak-anaknya.

                    "Daripada 9 anak dengan isteri pertama, 7 masuk universiti. Yang sulung sekarang dah lama habis belajar, sekarang dia majistret dekat Negeri Sembilan. Bla bla bla..."

                    Agak kagum jugak aku dibuatnya. Dah la hotstuff, pandai jaga anak pulak tu.

                    Beberapa kilometer je lagi sebelum sampai ke HTAR, aku mula membuka topik politik. He he he. Aku membuka soalan dengan hati-hati.



                    "Pakcik minat politik tak?"

                    "Takde la minat sangat, tapi sebagai rakyat Malaysia kena la ambik tahu pasal politik. Ye la, negara kita jugak kan?"

                    "Pakcik sokong kerajaan ke pembangkang?"

                    "Pakcik tak cenderung ke arah mana-mana pihak pun. Yang mana betul, betul dan yang salah tetap salah."

                    "So, macam mana pakcik pangkah undi?"

                    "Kalau masa tu kerajaan betul, pakcik pangkah kerajaan. Kalau sebaliknya pembangkang yang betul, pakcik pangkah pembangkang. Hmm...kamu pulak sokong siapa?"

                    Giliran pakcik teksi membuat counter-attack.

                    "Saya pun lebih kurang pakcik, tak terlalu condong ke arah mana-mana pihak. Saya masih muda, ada banyak masa untuk buat penilaian. Tapi kalau diikutkan situasi semasa, saya lebih mirip pembangkang."

                    "Hmm... pembangkang pun pakcik rasa okay. Pakcik suka pembangkang sekarang, mereka bagus. Kalau nak kerajaan yang adil, perlukan pembangkang yang kuat."

                    "Betul tu pakcik, kalau tak kerajaan boleh leka. Ye la, asyik mereka je menang. Kita boleh tengok berapa banyak bantuan atas nama 1Malaysia untuk rakyat sekarang."





                    Selepas agak baru jugak bermulanya bahagian kegemaran aku, teksi menghampiri simpang masuk ke HTAR. Pakcik tua tersebut memandu ke dalam kawasan hospital sejurus polis trafik yang mengawal lalu lintas lantaran kerosakan traffic light, membenarkannya meneruskan perjalanan. Sebelum turun, aku menghulurkan sekeping not RM50 kepada pakcik teksi. Selesai memberi baki, pakcik teksi sempat bertukar menjadi pakar motivasi.

                    "Belajar elok-elok ye nak, sementara ada peluang. Pakcik doakan kamu berjaya."

                    "Terima kasih pakcik."

                    Aku kemudian perlahan-lahan berjalan dengan gaya moonwalk ke arah Kompleks Rawatan Harian di hospital berkenaan, sambil memikirkan kata-kata pakcik teksi sepanjang perjalanan.

Saturday, 7 January 2012

facten : 10 lubang dunia

it is believed that holes are wrath of God on this earth and are pathways to hell...lol

lubang-lubang ini wujud di beberapa bahagian dunia sama ada secara natural atau hasil kerja tangan manusia seperti aci lombong berlian yang ditinggalkan. these holes nampak menakjubkan but sometimes...like...what the fart is that?!

1. Mirny Diamond Mine, Siberia



2. Great Blue Hole, Belize



3. Burning Gates, Turkmenistan




4. Kimberley Big Hole, South Africa




5. Bingham Canyon Mine, United States




6. Glory Hole in Monticello, United States




7. Diavik Diamond Mine, Canada




8. Guatemala Sinkhole, Guatemala




9. Chuquicamata Copper Mine, Chile




10. Udachnaya Pipe, Russia




Tuesday, 27 December 2011

seluar dalam pembakar kalori

Jepun dikenali kerana hayat rakyatnya yang panjang. ia dikaitkan dengan budaya pemakanan dan hidup yang sihat diamalkan penduduk negara bekenaan.



tetapi ramai yang tidak tahu selain kaedah normal di atas, sebuah syarikat Jepun telah mencipta sejenis seluar dalam yang mampu membakar kalori sebagai alternatif.

seluar dalam tersebut yang dikenali sebagai MXP Calorie Shaper Pants, didapati dengan harga USD 32, boleh membantu pembakaran kalori melalui salutan resin yang terdapat pada seluar dalam berkenaan yang menjadikan ia kaku. pengukuhan pada seluar dalam tersebut mewujudkan halangan pada anggota badan dan membawa kepada peningkatan bilangan kalori dibakar.

anggaran kalori yang mampu dibakar melalui penggunaan seluar dalam ini adalah 210 kilocalories dalam satu minggu. ia bersamaan dengan seorang lelaki seberat 140 pound berjalan selama 90 minit setiap hari!

mengikut statistik terkini, hanya 5% daripada rakyat Jepun mengalami obesiti, antara yang terendah dalam kalangan negara-negara maju lain.

namun, penghidap obesiti lelaki dinasihatkan agar menjaga pemakanan dan membuat rutin senaman harian selain penggunaan seluar dalam ini sebagai alternatif, kerana seluar dalam yang keras mungkin boleh membuatkan 'senjata' anda lemah.


sumber : http://www.globalpost.com/

Saturday, 24 December 2011

atuk shuffle

selama ni mungkin kita selalu dengar budak-budak Melayu selalu lepak dekat Pavilion sambil buat shuffle dan tectonic sebagai aktiviti rutin. tapi tu masih boleh dikatakan sesuatu yang biasa di Malaysia, berbanding negara-negara barat yang budaya hedonisme-nya bukan je terbatas kepada remaja, but also atuk-atuk yang dah tua bangka!


nanti kalau ada kenduri kahwin anak-anak, maka bapak-bapak dan atuk-atuk sekalian boleh la shuffle bagi menggantikan persembahan silat ye!

Thursday, 22 December 2011

baby gangster

seorang baby tomey berusia 3 tahun dibelasah teruk setelah terlibat dalam pertempuran No Mercy di sebuah nursery di Leicestershier.

Katie Guttridge

Katie Guttridge, 3, didapati lebam di muka berserta kesan gigitan selepas di kuntau oleh penyerang berusia dua tahun. kanak-kanak tersebut diserang di sebuah nursery dekat Ratby Village Hall oleh seorang kanak-kanak lain yang berumur setahun lebih muda daripadanya, yang turut didakwa menyerang sembilan kanak-kanak yang lain.

ibu Katie, Clara Mackow, 28, berkata : "saya tidak percaya apabila melihat dia. saya hanya menangis. dia mengalami luka di bibir dan lebam yang dahsyat. dia kelihatan seperti terlibat dalam pertarungan dengan anjing yang mahu menyerangnya."

"kami terpaksa membawanya ke hospital kerana doktor fikir soket matanya telah rosak. dia hampir buta dalam serangan yang sama sekali tidak bermakna. kanak-kanak perempuan yang menyerangnya mempunyai sejarah menyerang kanak-kanak lain. dia di luar kawalan."

Clara Mackow bersama anaknya, Katie

polis telah dipanggil untuk membuat siasatan tetapi tiada tindakan akan diambil kerana penyerang berkenaan masih di bawah umur untuk disabitkan kesalahan jenayah. berdasarkan laporan oleh nursery terbabit, Katie telah diserang dalam empat kejadian berasingan oleh kanak-kanak yang sama.

pengurus nursery terbabit, Jill Bottrill berkata : "kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak pendidikan tempatan dan ibu bapa."

St Phillips Church Rooms in Ratby

ibu kepada kanak-kanak penyerang tersebut pula enggan mengulas tentang kejadian serangan berkenaan. "anak perempuan saya hanya berusia dua tahun. saya tidak mahu melanjutkan (masalah) ini lagi."

sementara itu, kanak-kanak penyerang itu yang tidak mahu namanya didedahkan telah dipetik sebagai berkata : "titew ta sengajew. titew nak kawan jew dgn katie. tp katie yg ta mo kawan dgn titew. so, titew marah la diew. tp ta sangkew plax titew nieyh kuat cangat...hikhikhik" >.<


sumber : http://www.mirror.co.uk/

Wednesday, 30 November 2011

kerana futsal

long time no write...

hari tu guwa main futsal bro. tapiii...
tapi sayangggg...

what i'm talking...pfftt

lepas habis men-futsal, aku tibe2 rasa dunia nak terbalik. vomited a lot sampai takde apa lg nak keluar, rase mcm tengah menari ulik mayang guwa cakap lu. lucky me, ade sorang brotha ni jumpa aku. then setelah melalui beberapa prosedur aku dibawa naik ambulance.

mase sampai kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), pembantu2 peribadi aku yg terdiri drpd doktor2 pakar terus bawa aku masuk wad. perghh, rasa mcm VIP siot duduk atas wheel chair. kalau boleh aku nak snap gambar aku time tu jugak buat dp fesbuk.



then pembantu2 peribadi aku letak aku atas katil bersalut emas. aku duduk bersila sambil makan buah anggur. dayang2 chantek menyanyi lagu party rock anthem diselangi bunyi burung2 berkicauan...

okay2...stop it! fine..aku tipu =.=

ade sorang doktor muda datang ambil darah aku. perghh..scary dowhhh. aku ingat sekali cucuk je, lepas tu dia datang balik, cucuk lagi sekali nak masukkkan air. seriously aku mmg Trypanophobia...LOLOLOL



aku ingat dah habis bab2 cucuk mencucuk ni. tapi...
tapi sayangggg...
ade sorang lg doktor berbangsa cina  datang kat aku.

"kenapa doktor?"
"saya mau ambil darah."

"hah...!!"

"darah tadi tak cukup."

pftttttt!!




lepas doktor tu selesai mencekik darah aku, aku nampak ade sorang makcik ni baru masuk wad, mengendong baby dia yg tengah sakit. baby tu diletakkan kat atas katil sebelah katil aku. then, sorang doktor india datang kat makcik tu.

"siti khadijah?"

"ya.."

"baby ni apa sakit?"

"tak tau la doktor. dia dah banyak kali buang air besar, drpd pagi tadi dah banyak kali dah doktor. mungkin cirit birit kot."

"owh..suda berapa kali cirit?"

"dah banyak kali dah doktor."

"ya laa..suda berapa kali cirit?"

"ade la tujuh lapan kali."

"owh..suda dekat sepuluh kali cirit. sebelum hari ini dia ada cirit?"

"takde, doktor. baru hari ni."

"owh..baru hari ni cirit laa..."

aku rasa mungkin doktor tu pakar cirit...LOL

lepas beberapa jam aku kena tahan dekat wad, aku dibenarkan balik. sebelum aku balik, sorang nurse cun bagi surat kat aku... <3<3<3

jeng...jeng...jeng

surat appointment medical check up. nampaknye kisah aku belum berakhir. harap2 takde la jarum lg...demm

Saturday, 17 September 2011

illuminati is kinda suck !!

ade la satu malam yg hening tu, aku mengada-ngada bukak most recent kt fesbuk (selalu bace top news je). lepas tu kt wall newsfeed tu tertulis.. "A*** A*** likes anti illuminati". wow...dah lame tak bace/dengar pasal the fuckin' illuminati or freemason. kalau dulu aku mmg minat bace pasal organisasi binatang tu. aku pun terus bukak page anti illuminati tu dan like.

mula2 aku layan je status2 yg di post oleh org2 satu dunia yg aku tak kenal. pastu tibe2 tangan aku menggatal plak nak post status dekat page tu (nak jugakkk).



then ade la empat lima org like..hehe. yg menge-like tu pun ade la comment positive 'bout the status. pastu tengah layan fesbuk tu, tiba2 ade noti "C*** H** commented on ur status in anti illuminati". at first takde la aku suspek ape2, maybe org biasa2 yg comment.


perghh...sekali yg comment tu org illuminati. goyang la jugak abg..dik !! tp tak kan la terus surrender camtu je kan...


aku ingatkan hujah aku tu bole tahan la utk buat dia senyap. but then dia comment lg...


pulak dahh?! aku pun bg la lg satu soalan. tp kali ni jawapan yg dia bg agak...err


hah !! ambik ko ben. nak sgt debate kan? ni salah satu kepala illuminati dah ade kat depan.

and the debate continues...


watafak !! aku pulak disalahkan sbb memburukkan name illuminati...


ade pulak illuminati baik ngn illuminati jahat !! mcm citer hindustan pulak dah...shitt. then aku pun membalas dgn panjang lebar...


conversation tak rasmi antara aku dgn illuminatus tu terhenti kt sini sbb ade sorang mamat indon tibe2 menyampuk q-_-p

tp ape pun dari comments si mamat illuminati tu aku dpt conclude yg sebenar nye illuminati pandai mempergunakan ahli nye yg non-jews. tidak kire la korang presiden Mesopotamia ke, perdana menteri Babylon ke, asal kan bkn yahudi... illuminati tak kan pandang, tak lebih utk tujuan manipulate bg kepentingan zionis tu sendiri.

bak kata panglima misai kontot Germany, adolf hitler :

"saya boleh bunuh semua yahudi ketika saya berkuasa. saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka".



Wednesday, 20 July 2011

when the christians pray, the muslims...err??

ade la satu hari tu aku keluar ngn member aku. yg pelik nye kali ni keluar mase dah petang buta (pinjam istilah pagi buta..hehe). kalau pagi2 or malam oke la jgk kn??..yg kitorg ni plak dah mcm 1Malaysia, tp lg spesel la. aku melayu, sorg bidayuh then lg sorg tu iban..haa, amek kau. sarawak mari !!


kitorg jalan punye jalan, sampai berpeluh la muke aku yg suci ni, tetibe jauh dlm hati aku berkate "lg best aku tido ptg2 ni". tp member aku si bidayuh ni meng-offer air utk aku menghilangkan segala keluh kesah anak tekak aku. ye la, rezeki jgn ditolak, nnt jatuh plak. 


without wasting any time, (cehh..mcm ayat primary skool plak) kitorg lepak kt satu mamak stall yg quite popular kt area sini. dua org member aku straight pg tempat buffet tu and took whateva it takes, whilst me sat on the chair and murmuring myself "lek lu sap kok lu"...hehe.


so diorg pn start nak makan. aku masih 'sap kok'. si bidayuh ni muslim, but si iban ni plak kristian. then mase asap tengah berkepul kepul keluar dr mulut, aku saje try nk tanye somethin' kt si iban ni. tp aku baru nk buka mulut, aku perasan si iban ni tak pandang aku pun. weiyh..aku nk ckp ngn ko nih !!

bile aku kaji dgn teliti ape yg menyebabkan die tak pandang aku, ternyata bkn la sebab aku bkn muhrim die or aku buke aurat. tp sbb die tengah berdoa (doa sebelum makan). ye, berDOA. die siap angkat tgn, doa, ps2 buat simbol cross kt dada, ps2 doa balik. perghh..malu siott. aku yg muslim ni siap merokok dpn die yg tengah berdoa tu.


berapa ramai sgt la muslim2 sekalian yg berdoa sebelum makan. dah ramai sgt aku tengok member2 aku especially yg melayu muslim ni. jgn kan nk bace doa, siap minum gune tgn kiri lg. kalau aku tegur pn die ubah time tu je, lepas tu tgn cebok tu la die gune balik. cube byg kan kite makan gune sudu, tp sudu tu la kite gune cebok punggung lps buang air besar. rase2 la kan, nak gune lg tak?? bwekkk..


paling pemalas pun bace bismillah sebelum makan dah laa ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information