search box

Thursday 24 January 2013

Eden Hazard vs Ball Boy

                  Mungkin di England pemain kelahiran Begium, Eden Hazard diberi pelbagai gelaran oleh media Britain sejurus selepas insiden beliau dilihat dengan penuh berskill menyepak ball boy atau budak milo dalam Bahasa Melayu sanskrit ketika perlawanan Capitol One Cup (Piala Liga) antara Chelsea menentang Swansea di Liberty Stadium. Perlawanan pada Rabu, 24 Januari 2013 (GMT +8) itu disaksikan secara langsung oleh penonton di seluruh dunia dengan The Blues ketinggalan 2-0 secara aggregate kepada The Swans.

                    Dengan perlawanan berbaki kira-kira 11 minit (tidak termasuk waktu kecederaan), budak milo tersebut dikatakan telah mengambil bola yang telah keluar dari kawasan padang seperti rutin kebiasaan seorang pengutip bola. Daripada memberinya kembali kepada pemain outfield Chelsea untuk meneruskan permainan, budak milo berkenaan dirasuk setan dan enggan memulangkan bola sebaliknya menekup badannya ke atas bola yang tidak berdosa.

                    Hazard yang berada berhampiran dengan garisan tepi padang, pada mulanya berniat untuk mengambil bola untuk acara throw in, tiba-tiba menjadi bengang apabila melihat kelakuan budak milo tersebut. Tanpa membuang masa, dia cuba mempraktikkan sepakan ulung raja rimba berantai yang dipelajarinya dari komik Pedang Setiawan. Hazard kemudiannya dikenakan kad merah dan diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan.



Chelsea FC dilaporkan menulis melalui laman Twitter mereka :


                    Hazard dipetik sebagai berkata dalam Bahasa Melayu yang fasih, "Eden sajo nak geletek dio, tak tau pulak kono kad merah. Pengadil tu tak buleh dibawak burak langsung, melulu jo buek keputusan."

                    Sementara itu ball boy berkenaan yang masih bersedih dengan insiden tersebut dilaporkan hanya sempat berkata "pffttt" semasa ditemu bual.



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information