search box

Wednesday 4 January 2012

facten : 10 ciptaan paling teruk!

setiap hari kita dihidangkan dengan teknologi dan ciptaan baru tidak kira bentuk. iPad, BlackBerry, Foursquare, Honeydew, Android dan bermacam lagi ciptaan moden. tidak ketinggalan jenama-jenama popular dan evergreen seperti Pepsi, Brylcreem, Levi's, Dolce & Gabbana dan yang seangkatan dengannya. but among those inventions, there must be some...errr, what the...?!. dan mungkin those lame ass products ada dengan anda sekarang?

10. Coca Cola



pada 23 April 1985, the Coca Cola Company mengumumkan pelupusan formula coke asalnya untuk yang lebih baru, lebih manis. ini mungkin kesilapan pemasaran terbesar dalam sejarah, dan coca cola kembali ke formula asalnya hanya selepas tiga bulan dipasarkan setelah menerima panggilan dan surat-surat dari costumers yang mengkritik pembaharuan tersebut. akhirnya, selepas pemulihan semula kepada coke 'classic', coca cola meneruskan perusahaan mereka sebagai syarikat soda dominan US seperti biasa.

9. Foursquare



whooot?! pasti pengguna tegar foursquare tergamam bila sistem 'check-in' terbaru berasaskan phone's GPS ni termasuk dalam list. yes, this is the next step of enjoying new technology. ia memiliki berjuta-juta pengguna, hanya untuk membuat kehidupan lebih sosial tanpa privacy dan tanpa apa-apa aktiviti fizikal. broadcasting your addresses and 'check-ins' must be fantastic, terutamanya kepada yang berniat jahat.

8. Segway



ada yang mengatakan bahawa Dekan Kamen, pencipta Segway, yang tiada kena mengena dengan mana-mana Kamen Rider, telah melakukan 'sesuatu' untuk Amerika seperti yang dilakukan Henry Ford pada tahun 1903. but seriously, menunggang Segway membuatkan korang kelihatan nerd dan sengal, dengan cara yang tidak sepatutnya dan sebenarnya tidak membawa kepada revolusi dalam dunia pengangkutan seperti dijanjikan. as expected, jualan produk ini tidak menepati ramalan Kamen sendiri.

7. Pet Spa



sebuah mesin basuh dan pengering untuk haiwan kesayangan korang...err, I mean...seriously?! jika korang cukup malas dan tiada masa untuk menjaga dan mencuci haiwan kesayangan korang, then this is for you.

6. Pay Toilets



yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti tandas awam yang biasa didapati di Malaysia. di US, tandas berbayar telah dihapuskan pada pertengahan tahun 1970-an. tetapi New York telah membuat kejutan apabila mewujudkan tandas berbayar dengan teknologi baru pada tahun 2008. ia memberikan beberapa tempoh tertentu untuk 'privacy' mengikut jumlah bayaran. contohnya, 15 minit diperuntukkan jika korang membayar 25 sen. tapi apa yang paling menarik adalah selepas tamat tempoh 15 minit, pintu tandas akan terbuka sendiri menandakan tempoh 'sewaan' korang telah tamat. macam mana kalau ada orang depan tandas tu...errkk!

5. Leaded Gasoline



walaupun penghasilan petrol berplumbum telah dihentikan pada tahun 1968, tetapi selama hampir 60 tahun, bahaya penggunaan elemen plumbum tersebut tidak diendahkan oleh pengusaha syarikat minyak. bermula pada tahun 1920-an, syarikat minyak mula mengeluarkan petrol berplumbum yang mengandungi tetraethyl bagi meningkatkan penarafan oktana dan menghasilkan prestasi enjin yang lebih baik berbanding petrol tanpa plumbum. akhirnya, selepas 25 tahun perjuangan Environmental Protection Agency (EPA), pengeluaran petrol berplumbum telah dihentikan secara berperingkat.

4. Japan Smile Checks 



pada tahun 2009, Japanese Keihin Electric Express Railway telah mewajibkan pekerjanya membuat pemeriksaan 'morning smile'. pekerja-pekerja berkenaan akan diberi rating senyuman dari skala 0 hingga 100 oleh sebuah komputer dilengkapi kamera kecil yang boleh mengesan senyuman. perkara tersebut bertujuan agar pekerja dapat memberikan senyuman 'ideal' walaupun dalam saat-saat genting semasa menjalankan tugas. errr...susah sangat ke senyum?

3. Microsoft Bob



ini adalah pesaing yang benar-benar hebat bagi perisian yang paling teruk pernah dicipta. pada tahun 1995, Microsoft telah mengeluarkan sebuah perisian komputer yang dikenali sebagai 'Bob', yang menampilkan smiley bersaiz besar dan memakai cermin mata, bagi menggantikan Windows 3.1 dan Windows 95 dengan interface yang lebih mesra pengguna. ia bagaimanapun kemudiannya bertukar kepada kegagalan besar. ia disebabkan harga yang mahal pada masa itu ($100) dan system requirement yang tinggi (486 dengan 8MB RAM), hanya untuk penambahan perisian yang 'cute'.

2. Phone Fingers



jejari diperbuat dari latex yang kelihatan hodoh ini dicipta bertujuan bagi melindungi touch screen smartphone korang dari kesan fingerprints. ia boleh didapati dengan warna pink, putih, hitam, dan biru. dengan harga kurang dari 10 euro, mungkin lepas ni pemandangan moden dicemari dengan jari-jari buruk tersebut.

1. Spam E-Mail



spam e-mail telah menyebabkan kerugian kira-kira $100 billion pada tahun 2007! antara yang paling teruk terjejas ialah internet service providers (ISPs), dan ini telah mendorong mereka memfailkan pelbagai tindakan undang-undang kepada pengirim-penggirim spam, hanya untuk menang kes dan mendapat ganti rugi yang tak mungkin sama dengan keuntungan yang boleh dijana sebelum program mereka 'dimusnahkan'. so, spam e-mail adalah ciptaan paling teruk oleh manusia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information