search box

Thursday 10 January 2013

Pakcik Teksi

                    Aku tak faham kenapa sejak aku perlahan-lahan merangkak masuk ke pertengahan usia belia ni pakcik-pakcik teksi agak admirable. Sebelum ni salah seorang pakcik yang teksinya dirahmati (insyaAllah) kerana dinaiki oleh aku, mempunyai seorang anak yang sedang melebarkan sayap pengajian di peringkat master di London dalam bidang undang-undang. Anaknya adalah produk modal insan intelek keluaran UiTM Shah Alam (tempat aku belajar ketika itu, dalam bidang yang sama. ahem, bangga sikit). Seorang lagi pakcik teksi berketurunan India yang aku naiki teksinya sesudah menonton perlawanan bola sepak Malaysia vs Taiwan beberapa ketika dulu, juga ada sesuatu mengenai United Kingdom. Dia yang merupakan bekas kontraktor pernah merasai udara di wilayah negara gabungan bangsa kulit putih itu semasa melanjutkan pelajaran di sana, selain turut memiliki anak yang berpendidikan undang-undang.



                    Apa yang menjadikan pakcik-pakcik teksi ni menarik selain daripada kisah latar belakang mereka? Aku sering bertanya random things hampir setiap kali aku menaiki teksi, and one or a few of the questions would at least bersangkut-paut dengan situasi dan posisi struktur politik negara.

                    Pagi Selasa, 8 Januari 2013. Aku mengubah nawaitu untuk menaiki bas dan sebaliknya memutuskan untuk mengupah khidmat pemandu teksi, menghala ke Klang. Aku masih ingat kerut-kerut dahi pakcik tua berusia 63 tahun itu. Ewah macam cerpen pulak...

                    "Pakcik, berapa ringgit ke Klang? RM25?"

                    "Lebih kurang."

                    "RM20 boleh pakcik?"

                    "Hmm... boleh la."

                     Aku pun dengan gaya catwalk memasuki teksi pakcik tua ni dengan penuh adab sopan menghormati prinsip dan kebudayaan Melayu.

                    "Nak ke mana?" tanya pakcik teksi tersebut dalam bentuk yang lebih spesifik.

                    "Hospital Klang, pakcik," aku membalas pertanyaan, merujuk kepada HTAR.


                    Bermulanya perjalanan, seperti biasa aku lebih banyak bertanya soalan ke arah diri dan latar belakang pakcik teksi. Dan seperti biasa juga, pakcik teksi ni agak awesome, cuma kali ni seperti Barney Stinson dalam How I Met Your Mother. Dari mulutnya aku berjaya membongkar cerita tentang empat orang isteri yang telah dinikahinya. Pernikahan-pernikahan tersebut telah menjadikan pakcik ni kilang membuat anak seramai 13 orang (so far as this entry is being written). Jelas sekali, pakcik ni memiliki sesuatu sehingga begitu aktif menjalankan tugasnya sebagai seorang lelaki sejati, tetapi dia mengelak untuk berkongsi apabila aku meminta 'ilmu' daripadanya. Pffttt kedekut gila dowhhhh *mulut itik*.



                    "Pakcik dulu ada 4 orang isteri, tapi 2 pakcik dah 'buang' sebab pakcik tak mampu bagi makan. Yang tinggal isteri pertama dan yang terakhir."

                    Aku mula memasang telinga yang baru diservis.

                    "Ada yang datang balik, minta pakcik jadi suami dia one more time. Pakcik cakap banyak kali, pakcik tak mampu bagi makan. Tapi dia degil, dia cakap boleh jer... Yang lagi sorang tu dah kahwin dengan lelaki lain, then tak tau apa jadi bergaduh pulak kemudian bercerai, cari pakcik balik minta benda sama."

                    Beberapa kali pakcik teksi tu mengeluh. Kadang-kadang aku rasa macam nak bagi siku pun ada. Tau la hotstuff.

                    "Berapa umur isteri-isteri pakcik yang first dengan yang last?"

                    "Yang pertama umurnya 50-an, yang terakhir pulak 32 tahun."
         
                    "Anak pakcik yang paling tua?"

                    "Yang paling tua kalau tak silap umurnya 36 tahun."

                    Tanpa ditanya, pakcik teksi ni menceritakan perihal anak-anaknya.

                    "Daripada 9 anak dengan isteri pertama, 7 masuk universiti. Yang sulung sekarang dah lama habis belajar, sekarang dia majistret dekat Negeri Sembilan. Bla bla bla..."

                    Agak kagum jugak aku dibuatnya. Dah la hotstuff, pandai jaga anak pulak tu.

                    Beberapa kilometer je lagi sebelum sampai ke HTAR, aku mula membuka topik politik. He he he. Aku membuka soalan dengan hati-hati.



                    "Pakcik minat politik tak?"

                    "Takde la minat sangat, tapi sebagai rakyat Malaysia kena la ambik tahu pasal politik. Ye la, negara kita jugak kan?"

                    "Pakcik sokong kerajaan ke pembangkang?"

                    "Pakcik tak cenderung ke arah mana-mana pihak pun. Yang mana betul, betul dan yang salah tetap salah."

                    "So, macam mana pakcik pangkah undi?"

                    "Kalau masa tu kerajaan betul, pakcik pangkah kerajaan. Kalau sebaliknya pembangkang yang betul, pakcik pangkah pembangkang. Hmm...kamu pulak sokong siapa?"

                    Giliran pakcik teksi membuat counter-attack.

                    "Saya pun lebih kurang pakcik, tak terlalu condong ke arah mana-mana pihak. Saya masih muda, ada banyak masa untuk buat penilaian. Tapi kalau diikutkan situasi semasa, saya lebih mirip pembangkang."

                    "Hmm... pembangkang pun pakcik rasa okay. Pakcik suka pembangkang sekarang, mereka bagus. Kalau nak kerajaan yang adil, perlukan pembangkang yang kuat."

                    "Betul tu pakcik, kalau tak kerajaan boleh leka. Ye la, asyik mereka je menang. Kita boleh tengok berapa banyak bantuan atas nama 1Malaysia untuk rakyat sekarang."





                    Selepas agak baru jugak bermulanya bahagian kegemaran aku, teksi menghampiri simpang masuk ke HTAR. Pakcik tua tersebut memandu ke dalam kawasan hospital sejurus polis trafik yang mengawal lalu lintas lantaran kerosakan traffic light, membenarkannya meneruskan perjalanan. Sebelum turun, aku menghulurkan sekeping not RM50 kepada pakcik teksi. Selesai memberi baki, pakcik teksi sempat bertukar menjadi pakar motivasi.

                    "Belajar elok-elok ye nak, sementara ada peluang. Pakcik doakan kamu berjaya."

                    "Terima kasih pakcik."

                    Aku kemudian perlahan-lahan berjalan dengan gaya moonwalk ke arah Kompleks Rawatan Harian di hospital berkenaan, sambil memikirkan kata-kata pakcik teksi sepanjang perjalanan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information