search box

Sunday 25 September 2011

kerasukan

wow..scary nye title. L0L

baru2 ni, salah satu kolej perempuan kat UiTM Shah Alam, kolej mawar digemparkan dgn kes kerasukan. kejadian tersebut yang melibatkan beberapa individu bermula berhampiran kolej delima. walau bagaimanapun kes tersebut masih lagi dlm siasatan (cehh..mcm pembaca berita plak).

mase mula2 dpt berita tu, aku takde la terkejut sgt sbb mmg universiti tempat aku belajar ni dah lali dgn kes2 mcm tu. sebenar nye kalau korang perasan tempat2 menuntut ilmu ni mmg selalu menjadi tempat kesukaan jin2 bertandang. ye la, menuntut ilmu tu kan baik ~

and then satu petang dua hari lepas kejadian tu, aku lepak dgn roommate aku. tp disebabkan wi-fi dekat kolej perindu 1 ade masalah menyebabkan aku tak dapat online, aku saje bukak video layan lagu omputih, "almost easy" by one of my faveret band, avenged sevenfold. music video lagu ni agak scary sbb berlatar belakangkan sebuah tempat spt neraka, dgn vocalist nye menjerit jerit tak hengat dunia. mula2 aku takde expect ape2. ye la kan, waktu tu pun petang bkn nye malam.

aku pun bukak la music video tu guna VLC media player dan pasang sound agak kuat. kebetulan pulak mase tu sorang roommate aku, shahrul ade dekat sebelah. then tibe2 dia tegur, "amboi, ganasnye lagu." aku sebenarnye dari awal lagi perasan lagu tu lain macam, sbb suara M. Shadows, vocalist avenged sevenfold tu agak dalam dan garau. senang citer mcm suara syaiton. mmg la kite tak pernah dengar suara syaiton, tp dari perkataan syaiton tu dah boleh imagine mcm mane buruknye suara tu.

aku dah terkesima kejap. aku dah byk kali dengar lagu tu, and aku kenal suara vocalist band tu. then aku pegi check sound setting media player tu, and ubah ape yg patut. tp suara penyanyi lagu tu tetap garau. ngeh..ape hal ni?? aku try bukak video lagu lain, "afterlife" by the same band. lepas tu aku bukak balik video tadi. tp suara vokalis avenged mase tu dah elok and tak garau mcm tadi. huh..finally !!

de question is, suara siapa tu?? q-_-p




bile aku dengar cerita pasal rasuk2 ni, aku teringat kisah abang aku. abang aku ni yg aku panggil angah adalah bekas pelajar pondok pengajian agama aliran tahfiz. raya baru ni mase aku balik kampung aku tidur dgn abang aku tu (adik yg manja...mhuahuahua). then dia cerita la pengalaman dia mase dekat pondok tahfiz yg terletak dekat seri menanti.

"angah dulu mase dekat sekolah tahfiz, belakang pondok tu ade makam raja-raja. ye la, seri menanti kan bandar diraja negeri sembilan. pondok angah tu pun dekat je dgn istana Yang di-Pertuan Besar. ustaz angah dulu pernah ckp dekat angah dgn member2 angah mase tu, kawasan belakang tu keras sikit, ade penjaga. ustaz tu bagitau lg, jin2 penjaga makam tu 'besar-besar'. ustaz angah ni sgt alim, hijab dia terbuka, (dengan izin Allah) boleh nampak makhluk2 ghaib. sbb tu dia tau benda2 mcm ni."

"pondok tahfiz ni pulak ade pendinding. tp tiap2 minggu kena bace manzil dgn zikir2 tertentu utk kukuhkan atau 'bina' balik pendinding ni. (sbb bile ade orang yg buat dosa dalam kawasan yg di dinding, pendinding ni akan 'berlubang' sedikit demi sedikit. btw, nobody's perfect). utk pasang pasak (pendinding) ni, ustaz angah bahagikan kpd group. satu group ade sepuluh orang, dan group ni akan bergilir-gilir setiap minggu."

"ade la satu minggu tu, group angah kena buat bacaan manzil dgn zikir2 utk pendinding tu. rase takut tu mmg ade la kan. sebelum tu pun dah macam2 citer angah dengar dari member2 yg dah pernah buat. lepas tu sepuluh org ahli group ni ustaz bahagikan tempat masing2 utk duduk buat bacaan tu. kitorang duduk jarak2, tp boleh lg la nampak antara satu sama lain. sebelum buat bacaan utk pendinding tu, ustaz angah ade pesan, jgn pakai jubah yg ade kolar, nnt (kolar tu) kena tarik. tp malam tu angah lupe pulak, angah slumber je la pakai jubah yg ade kolar."

"then angah pun mulakan la buat bacaan2 utk pendinding tu. mase tengah khusyuk bace tu, tibe2 kolar jubah angah kena tarik. mula2 angah buat tak reti je, tp makin lame makin kuat. ustaz angah pesan kalau rase takut, stop bacaan tu dulu, ambil garam (yg dah disediakan awal) lepas tu campak ke tepi, sbb jin tu akan ikut arah garam tu dan berhenti kacau. tp masalah nye lepas tu jin2 lain pulak yg datang kacau. ketayap angah kena tarik sampai senget, baju pun kena tarik jugak."

perghh..boleh tahan jugak citer abang aku ni. sebenarnye panjang lagi citer ni, tp malas aku nak tulis banyak2. siapa nak tau sambungan cerita ni dtg la jumpa aku...hua3

TAHUKAH ANDA ??


haa..macam encyclopedia pulak dah.

there's a thing pasal jin a.k.a hantu ni yg ramai org tak tau. aku pernah baca sebuah buku pasal rawatan kerasukan jin mengikut kaedah Islam, "Dialog Dengan Jin : Diari Seorang Perawat" keluaran Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE) hasil kepenatan tangan dan minda Ustaz Abd Majid Hassan. dalam buku tu ade sepotong ayat yg agak suspen yg (lebih kurang) berbunyi :

"jin (hantu) ni kalau menjelma menjadi jasad (secara zahir dpt dilihat) akan menjadi lemah umpama ikan yg diletakkan di atas darat"
it means that kalau ade antara kita yg nampak pontianak, pocong, or langsuir ke...cuba pukul kepala dia guna kayu, insyaAllah menyesal hantu tu. perkara ni tak ramai org tau sbb byk sgt cerita hantu, filem hantu, sini hantu, sana hantu, sikit2 hantu. so bile kita jumpa hantu kita rase takut dan selalunya akan lari tanpa sempat duduk dan berfikir, "kalau aku pelangkung kepala hantu ni guna kayu agak2 nye apa perkataan terakhir dia akan cakap?"

contohnye video kat bawah ni, rakaman pasal satu kejadian dekat Jepun. sorang lelaki dengan berani melepuk dan menyepak 'hantu' yg cuba nak ganggu dia :


LOL.. XD

2 comments:

  1. menarik entry cerita ni...boleh tahan cite abg kau tu

    ReplyDelete
  2. Menarik n menakutkan....hehe. Duk mawar ke? Mawar baru...teratai, perindu, delima mmg giler lama ar. Teratai3 paling scary...ahaks! Dh follow kamu, sudi2 follow Ninie juga.

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information