search box

Wednesday, 30 November 2011

kerana futsal

long time no write...

hari tu guwa main futsal bro. tapiii...
tapi sayangggg...

what i'm talking...pfftt

lepas habis men-futsal, aku tibe2 rasa dunia nak terbalik. vomited a lot sampai takde apa lg nak keluar, rase mcm tengah menari ulik mayang guwa cakap lu. lucky me, ade sorang brotha ni jumpa aku. then setelah melalui beberapa prosedur aku dibawa naik ambulance.

mase sampai kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), pembantu2 peribadi aku yg terdiri drpd doktor2 pakar terus bawa aku masuk wad. perghh, rasa mcm VIP siot duduk atas wheel chair. kalau boleh aku nak snap gambar aku time tu jugak buat dp fesbuk.



then pembantu2 peribadi aku letak aku atas katil bersalut emas. aku duduk bersila sambil makan buah anggur. dayang2 chantek menyanyi lagu party rock anthem diselangi bunyi burung2 berkicauan...

okay2...stop it! fine..aku tipu =.=

ade sorang doktor muda datang ambil darah aku. perghh..scary dowhhh. aku ingat sekali cucuk je, lepas tu dia datang balik, cucuk lagi sekali nak masukkkan air. seriously aku mmg Trypanophobia...LOLOLOL



aku ingat dah habis bab2 cucuk mencucuk ni. tapi...
tapi sayangggg...
ade sorang lg doktor berbangsa cina  datang kat aku.

"kenapa doktor?"
"saya mau ambil darah."

"hah...!!"

"darah tadi tak cukup."

pftttttt!!




lepas doktor tu selesai mencekik darah aku, aku nampak ade sorang makcik ni baru masuk wad, mengendong baby dia yg tengah sakit. baby tu diletakkan kat atas katil sebelah katil aku. then, sorang doktor india datang kat makcik tu.

"siti khadijah?"

"ya.."

"baby ni apa sakit?"

"tak tau la doktor. dia dah banyak kali buang air besar, drpd pagi tadi dah banyak kali dah doktor. mungkin cirit birit kot."

"owh..suda berapa kali cirit?"

"dah banyak kali dah doktor."

"ya laa..suda berapa kali cirit?"

"ade la tujuh lapan kali."

"owh..suda dekat sepuluh kali cirit. sebelum hari ini dia ada cirit?"

"takde, doktor. baru hari ni."

"owh..baru hari ni cirit laa..."

aku rasa mungkin doktor tu pakar cirit...LOL

lepas beberapa jam aku kena tahan dekat wad, aku dibenarkan balik. sebelum aku balik, sorang nurse cun bagi surat kat aku... <3<3<3

jeng...jeng...jeng

surat appointment medical check up. nampaknye kisah aku belum berakhir. harap2 takde la jarum lg...demm

2 comments:

  1. Loorhh,.. mcm kena gigit semut je kalau kena jarum tuuu,.. HAHA ! XD

    ReplyDelete
  2. semut gigit pun sakit pe..haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information