search box

Thursday 22 December 2011

baby gangster

seorang baby tomey berusia 3 tahun dibelasah teruk setelah terlibat dalam pertempuran No Mercy di sebuah nursery di Leicestershier.

Katie Guttridge

Katie Guttridge, 3, didapati lebam di muka berserta kesan gigitan selepas di kuntau oleh penyerang berusia dua tahun. kanak-kanak tersebut diserang di sebuah nursery dekat Ratby Village Hall oleh seorang kanak-kanak lain yang berumur setahun lebih muda daripadanya, yang turut didakwa menyerang sembilan kanak-kanak yang lain.

ibu Katie, Clara Mackow, 28, berkata : "saya tidak percaya apabila melihat dia. saya hanya menangis. dia mengalami luka di bibir dan lebam yang dahsyat. dia kelihatan seperti terlibat dalam pertarungan dengan anjing yang mahu menyerangnya."

"kami terpaksa membawanya ke hospital kerana doktor fikir soket matanya telah rosak. dia hampir buta dalam serangan yang sama sekali tidak bermakna. kanak-kanak perempuan yang menyerangnya mempunyai sejarah menyerang kanak-kanak lain. dia di luar kawalan."

Clara Mackow bersama anaknya, Katie

polis telah dipanggil untuk membuat siasatan tetapi tiada tindakan akan diambil kerana penyerang berkenaan masih di bawah umur untuk disabitkan kesalahan jenayah. berdasarkan laporan oleh nursery terbabit, Katie telah diserang dalam empat kejadian berasingan oleh kanak-kanak yang sama.

pengurus nursery terbabit, Jill Bottrill berkata : "kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak pendidikan tempatan dan ibu bapa."

St Phillips Church Rooms in Ratby

ibu kepada kanak-kanak penyerang tersebut pula enggan mengulas tentang kejadian serangan berkenaan. "anak perempuan saya hanya berusia dua tahun. saya tidak mahu melanjutkan (masalah) ini lagi."

sementara itu, kanak-kanak penyerang itu yang tidak mahu namanya didedahkan telah dipetik sebagai berkata : "titew ta sengajew. titew nak kawan jew dgn katie. tp katie yg ta mo kawan dgn titew. so, titew marah la diew. tp ta sangkew plax titew nieyh kuat cangat...hikhikhik" >.<


sumber : http://www.mirror.co.uk/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information