search box

Tuesday 27 December 2011

seluar dalam pembakar kalori

Jepun dikenali kerana hayat rakyatnya yang panjang. ia dikaitkan dengan budaya pemakanan dan hidup yang sihat diamalkan penduduk negara bekenaan.



tetapi ramai yang tidak tahu selain kaedah normal di atas, sebuah syarikat Jepun telah mencipta sejenis seluar dalam yang mampu membakar kalori sebagai alternatif.

seluar dalam tersebut yang dikenali sebagai MXP Calorie Shaper Pants, didapati dengan harga USD 32, boleh membantu pembakaran kalori melalui salutan resin yang terdapat pada seluar dalam berkenaan yang menjadikan ia kaku. pengukuhan pada seluar dalam tersebut mewujudkan halangan pada anggota badan dan membawa kepada peningkatan bilangan kalori dibakar.

anggaran kalori yang mampu dibakar melalui penggunaan seluar dalam ini adalah 210 kilocalories dalam satu minggu. ia bersamaan dengan seorang lelaki seberat 140 pound berjalan selama 90 minit setiap hari!

mengikut statistik terkini, hanya 5% daripada rakyat Jepun mengalami obesiti, antara yang terendah dalam kalangan negara-negara maju lain.

namun, penghidap obesiti lelaki dinasihatkan agar menjaga pemakanan dan membuat rutin senaman harian selain penggunaan seluar dalam ini sebagai alternatif, kerana seluar dalam yang keras mungkin boleh membuatkan 'senjata' anda lemah.


sumber : http://www.globalpost.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information