search box

Saturday 24 December 2011

bila pemandu lori dapat lamborghini

seorang pemandu lori telah memenangi sebuah Lamborghini dengan 640 kuasa kuda dekat Santaquin, Salt Lake City. kereta berprestasi dan bereputasi tinggi tersebut dimenanginya dalam satu pertandingan ketika kejohanan American Football peringkat kolej di daerah berkenaan.

David Dopp ketika memenangi Lambo

tp disebabkan beliau seorang yang ketagih lori dan agak noob dalam hal-hal kereta biasa jauh sekali Lamborghini, so kemewahan serta merta yang baru diperolehi tu juga turut hilang serta merta setelah baru 6 jam memenanginya. David Dopp, 34, terlibat dalam kemalangan ketika sedang bersiar-siar bersama keluarga dan rakannya, selepas melakukan drift tidak sengaja di satu selekoh dengan kelajuan 45 mph. Lamborghini tersebut didakwa terlanggar sesuatu sebelum berputar dan melanggar pagar serta terbabas sejauh 75 kaki dari jalanraya.

"saya rasa macam tercabut jantung", kata Annette Dopp, salah seorang ahli keluarga David semasa menceritakan pengalaman ketika kemalangan berkenaan. "mereka (yang terlibat) kata mereka ok. tapi (bila melihat keadaan kereta selepas kemalangan) ia seperti; omg, apa perlu kita buat sekarang?"

Wayne Rooney David Dopp dengan trademark lame ass beliau

David bercadang menjualnya setelah tidak mampu membayar service untuk membaiki kereta mewah buatan Italy berkenaan. tetapi pemandu lori Frito-Lay tersebut menafikan ia mengalami kerosakan yang teruk. cuma kebocoran pada tangki minyak dan tayar serta beberapa kesan calar.

bapa kepada enam orang anak itu berkata dia tak mampu membayar cukai dan insurans bagi Lamborghini tersebut yang memerlukannya membelanjakan USD 3500 setiap enam bulan. "sebab tu lah hanya orang kaya memilikinya," tambahnya. "bukannya orang miskin seperti saya."

Encik Lambo selepas kemalangan

tidak dapat dipastikan bahawa adakah itu alasan untuk mengaburi kebodohannya meng-show off konon nak drift kat selekoh tajam macam cerita InitiaI D, atau memang dia sengaja merosakkan kereta tu kerana dia rasa tak layak memilikinya. apa yang pasti kedua dua possibility di atas adalah bodoh untuk dijadikan alasan dan dia sememangnya bodoh.

sumber : http://www.msnbc.msn.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information