search box

Monday 2 January 2012

air ludah boleh robohkan jambatan

di Kolkata, India, tersergam sebuah jambatan lama yang diancam bahaya, bukan kerana cuaca, natural erosion ataupun usia.

but the culprit is spit!



Howrah Bridge adalah jambatan gantung yang melintasi Sungai Hooghly. sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penduduk tempatan telah membeli dan mengunyah campuran daun sirih, kacang areca dan kapur kemudian meludah di beberapa bahagian pada jambatan tersebut.

campuran yang dikenali sebagai paan, adalah bahan perangsang ringan, diludah merata-rata di sepanjang jambatan berkenaan. beberapa bahagian jambatan terutamanya hangar keluli dilihat terhakis dengan agak teruk.

hangar tersebut, yang asalnya setebal 6 mm, telah terhakis sehingga separuh kepada hanya 3 mm. perkara itu telah mendorong pihak berkuasa menguar-uarkan amaran tentang amalan meludah bahan campuran berasid berkenaan yang telah dipraktikkan masyarakat tradisonal tempatan sekian lama.

antara lain dicadangkan agar hangar keluli jambatan disadur dengan selongsong kaca fiber bagi mengurangkan kesan hakisan.



sementara itu di Malaysia pula, amalan meludah merata-rata juga sudah menjadi amalan dan dipraktikkan oleh segenap usia, tidak kira agama dan bangsa. namun ia masih lagi dalam keadaan terkawal memandangkan air ludah masyarakat negara ini hanya mengandungi sisa nasi lemak, roti canai, teh o kurang manis dan beberapa makanan 1Malaysia yang lain.

sumber : http://www.weirdasianews.com/

1 comment:

  1. aiyaa, geli la dengan manusia yang suka meludah merata2 nie,. bg sy, amalan itu agak tak bertamadun and perlu dielakkan,.semoga ada tindakan yg diambil agar perkara ini dpt dibendung,huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click for more information